Monday, December 13, 2010

Medic, Dentistry, Farmasi di Indonesia

Just nak share dengan kawan-kawan or may be adik-adik di luar sana yang sedang mencari-cari peluang untuk sambung belajar dalam bidang Perubatan. Saya masih lagi belajar di Universitas Sumatera Utara, Medan Indonesia dalam bidang Perubatan.Di Indonesia, bidang ini dikenali bidang Kedokteran.

Di Indonesia ada banyak universiti yang menyediakan program kedokteran/ perubatan tetapi perlu diingat, pastikan universiti tersebut mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia. Selain dari program Kedokteran/Perubatan, program lain yang turut mendapat sambutan pelajar-pelajar dari Malaysia ialah bidang Kedokteran Gigi/Dentistry dan juga bidang Farmasi.

Mengapa saya memilih Univesitas Sumatera Utara (USU)?
1.         USU sememangnya telah lama mendapat pengiktirafan dari MMC (Malaysian Medical Council). Jadi saya tidak perlu risau tentang pengiktirafan lagi.

2.         USU terletak di Medan, Indonesia. Budaya dan cara hidup di Medan, Indonesia tidak banyak berbeza dari kehidupan dan budaya Malaysia. Tidak sukar bagi saya membiasakan diri dengan cara mereka.

3.         Of course, senang balik. Memang kita boleh belajar di mana-mana saja.  Jarak Medan dan Malaysia, more or less 40 minit menaiki kapalterbang, saya boleh balik ke Malaysia dan ibu bapa dan keluarga juga boleh menjenguk saya sambil melancong.

3.         Begitu juga dengan makanan mereka. Saya anak Malaysia, memang banyak pilihan makanan ada di negara kita. Jadi di Medan juga mudah untuk saya mencari tempat makan kerana makanan/ masakan yang kurang lebih sama dengan makanan/ masakan di Malaysia.

4.         Gunung berapi? Jangan risau, Medan terletak di LUAR jalur lingkaran gunung berapi,,, selamat, syukurkepada ALLAH.

5.         Yes, ada banyak universiti di Malaysia. Saya tak nafikan, tetapi peluang untuk memasuki IPTA/IPTS di Malaysia amat tipis. Jadi, saya grab je peluang di tempat orang MENGIKUT KEMAMPUAN KELUARGA. (terima kasih tidak terhingga kepada keluarga yang sanggup INVEST untuk masa depan saya)
Ada banyak lagi sebab lain yang akan saya share di lain kali….

Bagaimana nak masuk USU?

Beberapa agen ada di luar sana yang boleh membantu. Saya amat bersyukur kerana dapat bernaung di bawah UNIT PELAJAR ANTARABANGSA, ILM QALIF. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada staf ILM Qalif yang begitu mengambil berat dan prihatin. Apa yang saya tahu, ILM Qalif wujud dari gabungan tenaga  beberapa orang professor, doktor dan bekas pensyarah yang prihatin dengan anak-anak Melayu yang tidak berpeluang belajar di Malaysia.

Terkini, saya dapat maklumat, hasil dari usaha yang gigih,  ILM Qalif telah mendapat kepercayaan dari sebuah universiti bagi menyediakan peluang FREE FOUNDATION untuk pelajar-pelajar yang mendaftar untuk membuat Medic dengan mereka. Satu program yang benar-benar menjimatkan kos.  Yang ini, u all perlu dapatkan maklumat lanjut. Saya hanya inform apa yang saya dengar…

Yang menariknya tentang ILM Qalif, pelajar-pelajar diberi servis ‘5 star’. Kenapa saya kata ‘5 star’?

Pakej yang saya daftar tersebut, COVERS everything.
1.                  Yuran pengajian
2.                  Tempat tinggal (single/double room with air-cond)
3.                  Pengangkutan (darat dan udara, tau!)
4.                  Imigeresen
5.                  Lain-lain fees

Staf  ILM Qalif (tq En Anuar n Pn Ros) menjaga, BUKAN from airport to airport, tapi from airport to DOOR. Mereka pun sama stay di Medan hingga seminggu semata-mata nak pastikan semua urusan selesai. Saya yang dalam keadaan kurang faham rasa amat bersyukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh mereka. Di Medan pula, Om dan Ibu Adek bekerjasama dengan En Anuar n Pn Ros. Staf ILM Qalif masih lagi berhubung dengan saya walaupun saya kini telah di tahun 2. Tqvm to En Anuar, Pn Ros, Om n Ibu Adek and all d staffs.

Saya harap, pada intake yang akan datang ini, lebih ramai lagi kawan-kawan dan adik-adik akan berada bersama saya di sini, berjuang untuk memartabatkan bangsa kita!!! Jumpa lagi.

7 comments:

  1. nak thu tntg yuran pgjian frmsi sbb sye skrg dithun akhir bljar dploma frmasi..hrp sudi tlg sye ea..=)

    ReplyDelete
  2. Ada x peluang untuk pelajar lepasan degree untuk sambung medic kat usus?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    ada x peluang untuk plajar yg bkn bidang sains untuk smbung pngajian medik di USU?..mntk pandangannya ye.. trima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam, yuran pengajian nya bagaimana?
    Ramai Muslim ker? kerana di Medan khabarnya ramai orang Batak Kristen ?

    ReplyDelete
  5. Boleh x saya nk mintak website ataupun no tel agent ni? Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam Adik. Boleh share no telefon agent atau websiteya

    ReplyDelete
  7. Boleh x saya nk mintak website ataupun no tel agent ni? Terima kasih.

    ReplyDelete